News Header

Berita PLAS

Pusat lelongan produk tani Sijangkang beroperasi Ogos depan
13 Jul 2025
Berita PLAS
Diterbitkan pada 13 Jul 2025, 23:47

Pusat lelongan produk tani Sijangkang beroperasi Ogos depan

KUALA LANGAT, 13 JULAI: Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) dibuka di Sijangkang yang akan beroperasi Ogos depan, menurut EXCO pertanian. Ir Izham Hashim berkata pusat jualan seluas dua ekar itu mempunyai pelbagai produk pertanian keluaran usahawan tempatan seperti daging, ikan, sayuran dan buahan. “Apabila adanya lawatan kerja di Jepun dan Korea, kita melihat konsep pusat lelongan ini antara kaedah paling berkesan dan mengambil keputusan membukanya di Sijangkang. “Pusat lelongan ini akan menggunakan sistem bidaan secara manual dan dalam talian iaitu aplikasi internet kebendaan (IoT) bagi memudahkan usahawan membida produk masing-masing,” katanya. Beliau ditemui ketika meninjau pusat lelongan tersebut di Batu 7, Sijangkang di sini semalam. EXCO Pertanian Ir Izham Hashim meninjau reruai sayur segar di Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) Kohijrah di Sijangkang pada 12 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR Bagi memastikan pusat lelongan itu beroperasi dengan kaedah terbaik, Izham berkata Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) akan memastikan semua produk dalam keadaan berkualiti. “Kita akan menjaga kualiti dan harga bagus… tiada sebab masyarakat untuk menolaknya. Selain itu, kita melakukan pelbagai promosi harga menjunam untuk menarik minat. “Oleh itu, kita seru kepada usahawan atau pembekal yang mempunyai produk pertanian untuk menghubungi Kohijrah untuk membida, pendaftaran dijangka dibuka minggu hadapan,” katanya.

Ingin mendapat berita terkini dari PLAS?

Dapatkan maklumat terbaru tentang lelongan dan aktiviti PLAS